TURUN PADANG KSU KKR KE JKR PULAU PINANG BAGI CADANGAN BIM LAB. | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TURUN PADANG KSU KKR KE JKR PULAU PINANG BAGI CADANGAN BIM LAB.

PULAU PINANG - YBhg. Datuk Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KSU KKR), telah mengadakan lawatan kerja ke JKR Negeri Pulau Pinang bagi meninjau cadangan pembangunan BIM Lab yang dirancang di bangunan sedia ada JKR.

Turut hadir, Ir. Suria binti Halim, Jurutera Awam Kanan, JKR Negeri Pulau Pinang, yang telah memberikan taklimat berkaitan perancangan susun atur ruang, keperluan kemudahan serta pelaksanaan projek.

Lawatan ini bertujuan melihat sendiri susun atur ruang yang dicadangkan, keperluan kemudahan serta perancangan pelaksanaan projek agar ia selesa, praktikal dan sesuai dengan keperluan kerja pasukan teknikal. Input dan pandangan turut diambil bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan berkesan serta memberi manfaat jangka panjang kepada warga JKR.

Usaha ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan tadbir urus berkesan, pembangunan berteraskan teknologi serta peningkatan keupayaan perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0