TURUN PADANG KSU KE RUMAH SERI KENANGAN, JOHOR | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TURUN PADANG KSU KE RUMAH SERI KENANGAN, JOHOR

JOHOR BAHRU - Lokasi terakhir bagi lawatan kerja rasmi Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KSU), YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim ke Negeri Johor adalah tapak projek menaiktaraf Rumah Seri Kenangan Johor. Lawatan ini bertujuan menilai sendiri status kemajuan projek serta memastikan pelaksanaannya menepati skop, kualiti dan garis masa yang telah ditetapkan demi kesejahteraan penghuni fasiliti tersebut.

Berdasarkan penilaian di tapak, projek berkenaan didapati kini berada di belakang jadual yang telah diluluskan. Sehubungan itu, Dato’ Seri KSU telah memberikan teguran dan amaran keras kepada pihak kontraktor supaya segera mengambil tindakan pembetulan dan melaksanakan pelan pemulihan yang komprehensif bagi mengatasi isu kelewatan serta mengelakkan implikasi yang lebih serius terhadap penyampaian projek.

Beliau turut mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor melaksanakan pemantauan yang lebih ketat dan berterusan terhadap kemajuan projek ini, termasuk pelaporan berkala kepada Kementerian Kerja Raya. Pendekatan ini adalah bagi memastikan semua langkah pembetulan dilaksanakan dengan berkesan dan projek dapat disiapkan mengikut jadual baharu yang akan dipersetujui.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0