TURUN PADANG KSU KE LOKASI CADANGAN BIM JKR JOHOR | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TURUN PADANG KSU KE LOKASI CADANGAN BIM JKR JOHOR

GELANG PATAH - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Negeri Johor hari ini sebagai sebahagian daripada usaha kementerian memperkukuh tadbir urus serta mempertingkatkan keupayaan pelaksanaan projek di peringkat negeri. Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Johor, YBrs. Tuan Ir. Zainal Tumian.

Dalam lawatan tersebut, YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim telah melawat Unit Perolehan dan Pengurusan Aset, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor, yang dikenal pasti sebagai lokasi cadangan pembinaan Makmal Building Information Modelling (BIM). Lawatan ini bertujuan meninjau kesesuaian lokasi serta mendapatkan taklimat awal berkaitan perancangan dan keperluan pembangunan makmal berkenaan.

Pembinaan Makmal BIM ini dijangka menjadi pemangkin kepada pemerkasaan penggunaan teknologi digital dalam pengurusan dan pelaksanaan projek infrastruktur, selaras dengan aspirasi Kementerian Kerja Raya untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan dan kualiti penyampaian perkhidmatan kejuruteraan dan pembinaan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0