TURUN PADANG KSU KE JAMBATAN ROSAK PERSIMPANGAN PERLING | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TURUN PADANG KSU KE JAMBATAN ROSAK PERSIMPANGAN PERLING

JOHOR BAHRU - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim hari ini telah mengadakan lawatan tapak ke lokasi kerosakan jambatan di Persimpangan Perling Seksyen 2.0, Lebuhraya Pasir Gudang, iaitu Laluan Persekutuan FT17 di Johor Bahru. Lawatan ini bertujuan menilai sendiri tahap kerosakan struktur serta implikasinya terhadap keselamatan pengguna jalan raya dan kelancaran trafik di laluan strategik berkenaan.

Dalam lawatan tersebut, YBhg. Dato’ Seri Azman telah diberi taklimat teknikal mengenai punca kerosakan, status semasa serta langkah mitigasi yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Beliau turut menegaskan keperluan tindakan segera dan berfasa bagi memastikan keselamatan awam sentiasa menjadi keutamaan, di samping meminimumkan gangguan kepada pengguna.

Mengiringi beliau ialah YBrs. Ir. Shahrom Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infrastruktur), bersama Pengarah Kerja Raya Negeri Johor, YBrs. Ir. Zainal Tumian, yang turut memberikan penjelasan terperinci mengenai perancangan pembaikan, kaedah pelaksanaan serta jangkaan tempoh pemulihan jambatan tersebut.

KKR melalui JKR akan terus memantau rapat perkembangan kerja-kerja pembaikan dan memastikan semua spesifikasi teknikal serta piawaian keselamatan dipatuhi sepenuhnya. Orang awam dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda dan pengurusan trafik yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan sepanjang tempoh kerja pembaikan dilaksanakan

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0