TURPA KSU KKR MENINJAU KEADAAN INFRASTRUKTUR JALAN RAYA DI ZON TIMUR | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TURPA KSU KKR MENINJAU KEADAAN INFRASTRUKTUR JALAN RAYA DI ZON TIMUR

KUALA TERENGGANU - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim berjalan kaki sejauh 10 KM sepanjang Laluan FT003: Jalan Kuala Terengganu - Marang untuk meninjau sendiri kerja-kerja penyelenggaraan jalan merangkumi kerja pembersihan longkang, pemotongan rumput dan keadaan jalan raya yang diselia kontraktor Roadcare Sdn Bhd.

YBhg. Dato' Seri memberi teguran tegas agar pihak-pihak yang diamanahkan supaya memastikan kerja-kerja penyelenggaraan jalan disempurnakan mengikut spesikasi ditetapkan tanpa bertangguh.

Pihak JD Kuala Terengganu dan JD Marang juga diarahkan untuk segera mengeluarkan notis amaran dengan segera kepada pihak kontraktor untuk melaksanakan semula kerja-kerja penyelenggaraan yang tidak mematuhi spesikasi ditetapkan dalam kontrak.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0
0