TINJAUAN STRUKTUR TAMBATAN BANJIR (FLOOD WALL) DI KM373, LEBUHRAYA LPT2
Mengakhiri sesi lawatan kerja beliau di Zon Timur, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Mohd Sakeri Abd Kadir serta Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, YBhg. Datuk Ir Sazali Harun membuat tinjauan struktur tambatan banjir di KM373, Lebuhraya LPT2.
Tinjauan ini bertujuan untuk melihat konsep dan pelaksanaan reka bentuk struktur tambatan banjir yang telah siap sepenuhnya dan berfungsi dengan baik semasa Monsun Timur Laut 2025/2026 baru-baru ini.
Hadir sama Setiausaha Bahagian Dasar & Pembangunan Kementerian Kerja Raya, En. Eris Jemadi Tajudin, Pengarah Wilayah Timur Lembaga Lebuhraya Malaysia, YBrs. Ir. Ts. Encik Muhd. Yusrizan Bin Muhd. Yusof, dan pegawai-pegawai teknikal Pejabat Wilayah Timur LLM & LPT2 Sdn. Bhd.
Sebelum itu, YBhg. Dato' Seri KSU KKR turut meninjau tapak Projek Pembinaan Hospital Kemaman (300 Katil) Terengganu (Reka dan Bina).
- Log in to post comments