Tinjauan KSU KKR di Jalan Persekutuan FT3218, Jalan Pandamaran
Klang, 3 Disember 2024 - Petang tadi Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim membuat tinjauan di Jalan Persekutuan FT3218, Jalan Pandamaran yang merupakan jalan penghubung Pekan Pelabuhan Klang ke Jalan Pelabuhan Barat.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, YB. Tuan Azmizam Zaman Huri turut hadir sama dalam tinjauan ini bersama-sama pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Klang. Hadir sama ialah wakil syarikat konsesi jalan persekutuan, Roadcare Malaysia Sdn.Bhd.
Berdasarkan laporan kerosakan yang diterima, antara tindakan penyenggaraan yang telah dilakukan adalah tindakan “Gradient” yang meratakan bahu jalan yang tinggi, bagi mengelakkan air bertakung di jalan dan dapat mengalir ke longkang, terutama sekali pada musim Monsun Timur Laut ketika ini.
Tindakan penyenggaraan selanjutnya yang akan dijalankan adalah penyediaan “Scupper Drain” bagi memastikan air daripada jalan dapat mengalir terus ke longkang. Pihak KKR dan Agensi akan terus berusaha menyediakan infrarakyat yang kondusif kepada pengguna jalan raya.
- Log in to post comments