TINJAUAN KERJA PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH FASA 1A WPC06
SABAH, 23 MAC 2025 - Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah merupakan antara projek yang dipantau dengan teliti oleh pihak Kementerian Kerja Raya (KKR). Status siap keseluruhan bagi LPB Sabah Fasa 1A sudah mencapai sebanyak 80%.
Ketua Setiausaha Kementerian KKR, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim telah melakukan tinjauan kerja bagi kerja-kerja yang sedang dilakukan bagi LPB Fasa 1A Pakej WPC06, menghubungkan Putatan ke Inanam. Turut hadir dalam tinjauan tersebut, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), YBhg. Dato’ Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Setiausaha Bahagian Bahagian Pembangunan dan Penswastaan, YBrs. En Izamael Zamzuri bin Ismail dan pasukan projek dari BPP KKR.
Pihak KKR berharap agar pihak kontraktor dilantik menjalankan tugasan dengan amanah dan bertanggungjawab serta memastikan projek ini disiapkan menepati jadual. LPB Sabah ini mampu meningkatkan jalinan keterhubungan rakyat Sabah dan memudahkan perjalanan mereka.
- Log in to post comments