TINJAUAN KERJA MENTERI KERJA RAYA DI PROJEK PEMBINAAN HOSPITAL BAHARU PAPAR, SABAH
PAPAR - Dalam rangka lawatan kerja ke Sabah, Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah meninjau kemajuan Projek Pembinaan Hospital Baharu Papar yang terletak di Kampung Beringgis, bersebelahan dengan Hospital Papar sedia ada.
Turut serta dalam sesi tinjauan ini ialah YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Sabah; YB Datuk Armizan Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merangkap Ahli Parlimen Papar; YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) KKR; Pengarah JKR Sabah; pasukan projek serta kontraktor yang terlibat.
Dalam sesi tersebut, YB Menteri menzahirkan keprihatinan beliau terhadap pengurusan dan pelaksanaan projek, serta menegaskan perlunya langkah tegas dan tuntas diambil bagi memastikan hospital ini dapat disiapkan segera. Projek ini diyakini bakal menyediakan kemudahan kesihatan moden, lengkap dan selesa demi kesejahteraan rakyat Papar.
- Log in to post comments