Tinjauan ke Projek Membina Jalanraya Simpang Pulai - Gua Musang - Kuala Berang Pakej 8: Dari Kampung Jeneris ke Kuala Telemong (Fasa 2 & 3)
Hulu Terengganu, 1 Disember 2024 – Pagi tadi Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi membuat tinjauan ke Projek Membina Jalanraya Simpang Pulai - Gua Musang - Kuala Berang Pakej 8: Dari Kampung Jeneris Ke Kuala Telemong (Fasa 2 & 3).
Objektif projek ini adalah untuk menyediakan laluan penghubung antara Jalan Persekutuan FT08 (Gua Musang) dan LPT 2 (melalui Exit Telemong) dan ke Kuala Terengganu / Kuantan / Kuala Lumpur.
Projek Jalanraya ini bermula di Persimpangan Kuala Jeneris (Tasik Kenyir / Sg. Tong / Kuala Ping) dan berakhir di Jalan Pintasan Bukit Payung.
YB Menteri turut diberi taklimat mengenai isu dan masalah yang timbul dalam menjalankan projek ini antaranya lokasi projek ini berada di kawasan taburan hujan sepanjang tahun menyebabkan tempoh waktu bekerja efektif hanya sekitar 5 bulan setahun.
Tapak bina berada di kawasan tadahan hujan menyebabkan kerja rawatan tanah tidak dapat dijalankan kerana aras air tinggi di kawasan tapak.
- Log in to post comments