TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA MENJAWAB SOALAN-SOALAN DI PARLIMEN
KUALA LUMPUR – YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini si sebelah pagi telah menjawab dua soalan lisan semasa sesi Menjawab Soalan Lisan di Dewan Rakyat. Soalan-soalan tersebut telah dikemukakan oleh Ir. Ts. Zahir bin Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju, dan Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli, Ahli Parlimen Batang Lupar.
Pada sebelah petang YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya menggulung perbahasan RUU Perbekalan 2026 peringkat Jawatankuasa. Perbahasan telah disertai okeh seramai 23 Ahli Parlimen telah turut serta antaranya termasuk YB Sri Aman, YB Rasa, YB Alor Setar, YB Miri , YB Klang dan YB Arau. termasuk YB Sri Aman, YB Rasa, YB Alor Setar, YB Miri , YB Klang dan YB Arau.
Penggulungan peringkat Jawatankuasa, Belanjawan 2026, Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat pada hari ini membincangkan pelbagai isu jalan raya, lebuh raya, prasarana, cerun, teknologi turapan, bangunan, kedudukan staf dan keselamatan jalan, caj jalan di Genting dan lain-lain telah dijawab dengan tuntas secara lisan dan bertulis. Terima kasih atas sokongan semua YB yang bertanya serta penghargaan terhadap komitmen pasukan KKR, JKR, LLM, CIDB. Kita terus berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat. Pada akhir perbahasan, RUU Perbekalan 2026 peringkat Jawatankuasa telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan undi majoriti
- Log in to post comments