Timbalan Menteri Kerja Raya Memulakan Tugas Di Kementerian Kerja Raya
KUALA LUMPUR, 13 DISEMBER 2022 - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad memulakan tugasnya di Kementerian Kerja Raya di Jalan Sultan Salahudin, Kuala Lumpur hari ini.
Dato' Sri Abdul Rahman merupakan Ahli Parlimen Lipis kemudiannya mengimbas kad perakam waktu, sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya, hari ini.
Beliau yang tiba pada jam 10. 00 pagi disambut oleh Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Hj. Wan Sulaiman dan pegawai-pegawai kanan kementerian dan diteruskan dengan sesi suai kenal bersama pegawai-pegawai di Pejabat Timbalan Menteri Kerja Raya.
Beliau akan mengadakan sesi perjumpaan dan mesyuarat bersama pegawai- pegawai kanan kementerian terlebih dahulu untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci mengenai fungsi serta peranan kementerian ini.
Jumaat lalu, Dato' Sri Abdul Rahman antara 27 Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan yang diumum YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Log in to post comments