TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK

Submitted by wmukk on 18 November 2026

KUCHING – YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas YB Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Kunjungan tersebut turut disertai YBhg. Dato’ Ir. Suhaili bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Jabatan Kerja Raya Malaysia serta pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan serta jalinan kerjasama antara Kementerian Kerja Raya (KKR) dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Sarawak.

Sesi ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan berkongsi maklumat berkaitan pembangunan infrastruktur serta pelaksanaan projek-projek pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat, khususnya di Sarawak.

KKR komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri Sarawak dalam memastikan agenda pembangunan infrastruktur negara dapat dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4