TABIKA KEMAS KAMPUNG PUTERI MENANGIS BAKAL MEMPERKASA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI PONTIAN, JOHOR | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TABIKA KEMAS KAMPUNG PUTERI MENANGIS BAKAL MEMPERKASA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI PONTIAN, JOHOR

PONTIAN, JOHOR – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan menyempurnakan sebuah lagi penyerahan projek siap Tabika KEMAS Kampung Puteri Menangis.

Projek ini merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memperkasa pendidikan awal kanak-kanak di bawah gagasan Malaysia MADANI. 

Projek ini telah dimulakan pada 24 Mei 2023 dan dilaksanakan di atas tanah seluas 901 meter persegi di Lot 63552, yang terletak dalam kawasan perumahan yang sedang membangun. 

Tabika ini telah disiapkan pada 4 Februari 2025, manakala Sijil Siap Kerja (CPC) telah dikeluarkan pada 28 Februari 2025. 

Pembinaan Tabika KEMAS ini bertujuan menyediakan ruang pendidikan awal yang lebih kondusif bagi kanak-kanak.

Ia juga bertujuan melahirkan murid yang mempunyai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, serta membentuk kanak-kanak yang berdikari, kreatif dan inovatif. 

Tabika ini mampu menampung seramai 30 orang pelajar dan dilengkapi dengan kemudahan sokongan seperti taman permainan, sistem saliran, pagar keselamatan, serta tempat letak kenderaan. 

Termasuk dalam skop projek ialah kerja-kerja elektrikal, mekanikal, pavmen laluan pejalan kaki, pembentungan, 1 tiang bendera, kabinet dan papan tanda.

Projek ini juga menyediakan kemudahan tempat letak kereta (termasuk satu petak untuk OKU), tempat letak motosikal, kebuk sampah dan sistem pagar keselamatan – mencerminkan pendekatan holistik dan inklusif dalam pembangunan infrastruktur pendidikan awal.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0