SUASANA MERIAH DI RERUAI KEMENTERIAN KERJA RAYA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

SUASANA MERIAH DI RERUAI KEMENTERIAN KERJA RAYA

Sekitar Hari Pertama Program Madani Rakyat 2025 membuka tirai dengan pelbagai aktiviti menarik yang bukan sekadar pameran biasa. Pengunjung berpeluang menyertai kuiz interaktif Kahoot yang penuh dengan soalan mencabar minda, di samping berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan khas untuk anda. Program ini bukan sahaja menghiburkan, malah memberi ruang kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat berguna, berinteraksi bersama agensi kerajaan serta menikmati pengalaman santai bersama keluarga. Terdapat pelbagai jualan-jualan  ada di program ini.

Mari sama-sama hadir dan meriahkan suasana di Dataran Nilai sepanjang Program Madani Rakyat 2025 berlangsung dari 22 hingga 24 Ogos 2025. Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada kemeriahan ini!

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3