Sidang Media Pencapaian CITP dan Perasmian Portal Convince | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Sidang Media Pencapaian CITP dan Perasmian Portal Convince

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARI 2020 - Satu majlis untuk mengumumkan pencapaian Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) dari 2016 sehingga Disember 2019, dan juga Pelancaran Portal CONVINCE, telah diadakan bertempat di Kompleks Kerja Raya yang disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian.

Pada majlis yang dianjurkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) ini, Menteri berpuashati dengan pencapaian dan kejayaan CITP melalui kesemua lapan bidang fokus CITP iaitu kualiti, keselamatan, profesionalisme, kemampanan alam sekitar, latihan kemahiran, teknologi, eksport dan pedayasaingan.

Dalam ucapannya, Menteri memaklumkan hasil kejayaan ini merupakan hasil komitmen yang tinggi semua agensi dan kementerian yang terlibat seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta agensinya Jabatan Kerajaan Tempatan, SW Corp dan Jabatan Perumahan Negara. Kementerian Sumber Manusia dan agensinya Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensinya Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dan pelbagai kementerian dan agensi lagi.

CIDB juga telah berjaya menyiapkan Portal Maklumat Industri Pembinaan yang dikenali sebagai CONVINCE (Construction Information for Your Convenience), yang merupakan salah satu inisiatif CITP di bawah bidang fokus Pedayasaingan atau Competitiveness. Ia merupakan portal sehenti (one stop portal) kepada semua perkara yang berkaitan informasi pembinaan dan bakal memberi manfaat kepada pemain industri pembinaan serta pemegang taruh.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7