Sesi 'Town Hall' KSN Bersama Warga Kementerian Kerja Raya | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Sesi 'Town Hall' KSN Bersama Warga Kementerian Kerja Raya

Image removed.Image removed.Kuala Lumpur , 3 April – Sesi “Town Hall” Y.Bhg Tan Sri Sidek Hasan, Ketua Setiausaha Negara (KSN) bersama warga KKR telah berlangsung pada 3 April 2012, jam 2.30 petang bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Sesi “hati dan hati” bersama KSN selama satu jam memfokuskan kepada topik keberkesanan dalam sistem penyampaian kerajaan. Y.Bhg. Tan Sri KSN mengajak semua penjawat awam terutama warga KKR supaya lebih menitik beratkan dan impak terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat. Beliau menegaskan bahawa, output mahupun kuantiti bukan lagi menjadi penanda aras kepada tahap kecemerlangan dalam organisasi sebaliknya penjawat awam perlu berusaha menjadikan setiap tugas yang dilaksanakan akan memberikan impak yang besar kepada rakyat dan negara.

Dianggarkan lebih 500 warga KKR memenuhi ruang dewan Tan Sri Mahfoz untuk bersama-sama mendengar amanat dan nasihat daripada Y.Bhg. Tan Sri KSN. Majlis ini berakhir pada jam 3.30 petang dan keberangkatan pulang Y.Bhg. Tan Sri KSN diiringi oleh Y.Bhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR dan pegawai-pegawai kanan kementerian dan agensi.

 

|Galeri Foto|

Tarikh Dan Waktu Acara
Sumber
UKK