SESI TAKLIMAT DAN PENANDATANGAN DEKLARASI DATA ASET JALAN ANTARA KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN KEMENTERIAN INFRASTRUKTUR DAN PEMBANGUNAN PELABUHAN (MIPD) SARAWAK | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

SESI TAKLIMAT DAN PENANDATANGAN DEKLARASI DATA ASET JALAN ANTARA KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN KEMENTERIAN INFRASTRUKTUR DAN PEMBANGUNAN PELABUHAN (MIPD) SARAWAK

KUCHING – Sesi Penandatangan Deklarasi Data Aset Jalan telah diadakan antara YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) dan YBhg. Datu Chiew Chee Yau, Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak.

Sesi ini telah berlangsung di Bangunan Baitulmakmur 1, Level 5, Petra Jaya, Kuching. Taklimat inisiatif dilakukan oleh Cik Masdara Siregar binti Mohd Samsir, Timbalan Setiausaha Bahagian (A), Bahagian Dasar Dan Antarabangsa, KKR.

Deklarasi ini melambangkan komitmen bersama antara KKR dan Kerajaan Sarawak melalui MIPD dalam memperkukuh pengurusan data aset jalan negeri demi penyelenggaraan infrastruktur yang lebih efisien dan bersepadu. Inisiatif juga merupakan program di bawah Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) KKR tahun 2025 yang diseliakan di bawah Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR). Sasaran utama ialah untuk memperkasa penyampaian perkhidmatan awam dalam menambah baik kualiti infrastruktur jalan demi kesejahteraan rakyat. 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0