SESI SUAI KENAL KETUA AUDIT DALAM YANG BAHARU | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

SESI SUAI KENAL KETUA AUDIT DALAM YANG BAHARU

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim pagi ini telah menyempurnakan sesi suai kenal serta penyerahan surat penempatan kepada YBrs. Dr. Sarimah binti Umor yang dilantik sebagai Ketua Audit Dalam, Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Pelantikan ini diharapkan dapat memperkukuh fungsi audit dalaman kementerian, seterusnya memastikan tadbir urus yang lebih telus, berintegriti dan berkesan.

Semoga YBrs. Dr. Sarimah terus cemerlang dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan serta mengekalkan komitmen dan profesionalisme yang tinggi demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kementerian.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2