SEMINAR DATA JALAN PROGRAM MYJALAN KEMENTERIAN KERJA RAYA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

SEMINAR DATA JALAN PROGRAM MYJALAN KEMENTERIAN KERJA RAYA

CYBERJAYA – Bahagian Dasar Antarabangsa, Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini telah menganjurkan Seminar Data Jalan Program MyJalan, yang bertujuan memperkukuh kecekapan pengurusan data jalan serta meningkatkan kolaborasi antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memastikan kualiti infrastruktur jalan sentiasa terpelihara.

Program ini dimulakan dengan kata alu-aluan oleh YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan, KKR. Seminar diteruskan dengan siri pembentangan kertas kerja daripada pelbagai bahagian KKR dan agensi berkaitan, iaitu:

 • “Reformasi Kerenah Birokrasi: Meningkatkan Kecekapan dan Akauntabiliti Pengurusan Data Jalan di Malaysia” oleh YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), KKR.

 • “Advokasi Program MyJalan KKR: Jalan Kita, Tanggungjawab Kita” oleh Unit Komunikasi Korporat, KKR.

 • “Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan Galakan Penggunaannya kepada Kerajaan Negeri dan PBT” oleh Biro Pengaduan Awam.

 • “MyINFRA: Sistem Aset Bersepadu Kerajaan” oleh Bahagian Pengurusan Fasiliti, KKR.

 • “Inisiatif Pengurusan Jalan melalui Road Accident Management and Monitoring System (RAMMS)” oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Penganjuran seminar ini selaras dengan aspirasi KKR untuk mendokong prinsip good governance melalui pengurusan data jalan yang lebih sistematik, telus dan bersepadu, selain memperkukuh advokasi Program MyJalan sebagai saluran rakyat melaporkan kerosakan atau isu berkaitan jalan raya.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3