SEMINAR ANTARABANGSA PERTAMA MENGENAI REKABENTUK DAN PEMBINAAN JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

SEMINAR ANTARABANGSA PERTAMA MENGENAI REKABENTUK DAN PEMBINAAN JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG

Image removed.Kuala Lumpur, 15 November- Satu Seminar Antarabangsa Pertama Mengenai Rekabentuk dan Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang telah diadakan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. Y.Bhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya telah mewakili YB. Menteri Kerja Raya bagi merasmikan seminar tersebut.

Dalam ucapannya yang dibacakan oleh Y.Bhg. Datuk KSU, beliau melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Jambatan Kedua Sdn. Bhd kerana menganjurkan seminar ini. Seminar ini dilihat sebagai platform terbaik untuk berkongsi pengalaman serta menjana idea-idea baru khususnya bagi penambahbaikan kepada industri pembinaan di negara ini.

Menerusi pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini, terdapat beberapa kejayaan yang telah telah berjaya dicapai khususnya dalam aspek kejuruteraan seperti asas cerucuk jenis bored piled sedalam 130m yang mana antara paling dalam di dunia, pelaksanaan ujian beban Statnamic terbesar pernah dijalankan pada tahap 54 Mega Newton dan penggunaan High Dumping Rubber Bearing atau HDRB bagi tujuan perlindungan seismik yang pertama dalam negara.

Turut hadir, Y.Bhg. Puan Sri Dato’ Zaiton Binti Mhad Ali, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Kerja Raya, Y.Berusaha En. Mohd Saleh Bin Santhiman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia, delegasi-delegasi daripada luar negara, agensi awam dan syarikat swasta.

|Galeri Foto|

Tarikh Dan Waktu Acara
Sumber
UKK