Sambutan Hari TVET Negara 2024
Kuala Langat, 8 Jun 2024 - Hari ini Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad hadir ke Majlis Perasmian Hari TVET Negara 2024 yang diadakan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat.
Perasmian disempurnakan oleh YAB. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan turut hadir ialah YAB. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. Di Malaysia, program TVET dilaksanakan oleh institusi TVET awam dan institusi TVET swasta merangkumi pelbagai bidang yang menjadi keperluan sektor ekonomi negara. Institusi TVET awam pada masa ini ditadbir urus oleh dua belas (12) buah Kementerian, merangkumi institusi latihan TVET awam dan swasta yang sedang beroperasi dengan menawarkan program-program TVET yang bersesuaian dengan kumpulan sasar yang ditetapkan.
Dua (2) agensi kawal selia utama pelaksanaan program TVET adalah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi. Agensi kawal selia ini bertanggungjawab dari aspek pengakreditasian dan juga jaminan kualiti program yang dijalankan oleh penyedia TVET.
Pelaksanaan Sambutan Hari TVET Negara 2024 bagi peningkatan kesedaran masyarakat dan kebolehcapaian TVET bagi menjadikan TVET sebagai pilihan utama masyarakat. Program ini juga selari dengan peranan Sektretariat Majlis TVET Negara yang bertindak untuk menyelaras pelaksanaan aktiviti dan program sambutan Hari TVET Negara yang mampan antara kementerian kepada kumpulan sasar. Usaha ini juga dapat mengukuhkan kerjasama strategik antara semua kementerian dan agensi yang terlibat dengan TVET di negara ini.
- Log in to post comments