Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) tahun 2025 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) tahun 2025

JOHOR BAHRU - Hari ini telah berlangsung Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) tahun 2025 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya bertempat di Persada Johor, International Convention Centre, Johor Bahru, Johor.

Acara kemuncak bagi HPTN tahun ini berlangsung selama dua (2) hari bermula pada 10 Disember sehingga 11 Disember 2025. Objektif utama penganjuran sambutan HPTN adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas jasa yang disumbangkan oleh para profesion teknikal di samping memupuk minat generasi muda menceburi profesion teknikal sebagai pilihan kerjaya. Pelbagai aktiviti menarik, pameran ilmiah dan peluang kerjaya turut didedahkan kepada semua peringkat umur sepanjang program ini berlangsung.

Tema “Mengorak Inovasi Masa Depan Demi Kemanusiaan” dipilih sebagai komitmen kepada dasar dan hala tuju kerajaan dalam mendepani cabaran masa depan. Kepesatan teknologi, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan daya cipta, harus dilihat secara positif serta dimanfaatkan untuk memperkukuh daya saing dan kelangsungan negara.

Bagi menzahirkan pengiktirafan atas peranan dan jasa yang disumbangkan oleh para profesion teknikal, tokoh-tokoh profesion teknikal turut dinobatkan menerusi penyampaian Anugerah Tokoh melalui kategori seperti beikut:

• Anugerah Tokoh Profesion Teknikal Negara

• Anugerah Harapan Profesion Teknikal Negara (Sektor Awam)

• Anugerah Harapan Profesion Teknikal Negara (Sektor Swasta)

HPTN edisi 2025 menawarkan sebanyak 128 reruai pameran yang tersedia untuk dilawati oleh orang ramai. Pempamer pada tahun ini meliputi empat kategori iaitu kategori PLATINUM, GOLD, SILVER dan BRONZE. Selain itu, HPTN 2025 turut disertai oleh pempamer daripada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta menyediakan ruang Business Matching untuk dimanfaatkan oleh semua yang hadir ke Persada Johor.

Selain itu, sebanyak lima (5) Bicara Teknikal telah dibawakan kepada peserta HPTN tahun ini oleh pakar-pakar teknikal pelbagai bidang menerusi kupasan topik-topik menarik. Selain itu, pelbagai kupasan dan kertas kerja menarik turut dibentangkan menerusi 10 Sesi Selari (Parallel Sessions) oleh pakar-pakar jemputan daripada industri dan akademik.

Pelbagai program dan pengisian menarikturut dibawakan bersempena sambutan HPTN 2025 antaranya karnival kerjaya, e-Sport, program kesihatan dan derma darah, serta kaunter pengurangan saman trafik. Selain itu, pameran oleh kementerian/agensi kerajaan dan program serta pertandingan STEM turut dilaksanakan untuk menarik minat generasi muda dalam bidang berteraskan , sains dan matematik serta teknologi seperti robotik, Internet of Things (IoT) dan daya cipta AI. 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0