SAMBUTAN HARI PEKERJA PERINGKAT KEMENTERIAN KERJA RAYA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

SAMBUTAN HARI PEKERJA PERINGKAT KEMENTERIAN KERJA RAYA

KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi diiringi Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan serta barisan Pengurusan Tertinggi KKR dan Agensi hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kementerian Kerja Raya bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.

"Pekerja Kesuma Bangsa" merupakan tema yang dipilih tahun ini bagi menzahirkan penghargaan terhadap jasa pekerja sebagai tulang belakang negara dan pelaksana agenda Malaysia Madani, mengangkat prinsip Kemampanan, Keadilan dan Kesejahteraan.

Turut disempurnakan simbolik Pelancaran Program Penempatan Khas Teknikal (PPKT) KKR 2025.

PPKT merupakan salah satu inisiatif di bawah resolusi Pembangunan Kompetensi Modal Insan Teknikal, sebuah program kolaborasi strategik KKR bersama JKR Sabah dan JKR Sarawak dengan penglibatan bersama Agensi di bawah Kementerian dan syarikat swasta.

Majlis ditutup dengan persembahan koir khas dari kumpulan D'Choralist yang membawakan lagu bertajuk Warisan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0