SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025 BERTEMPAT DI DATARAN PUTRAJAYA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025 BERTEMPAT DI DATARAN PUTRAJAYA

PUTRAJAYA – Lebih 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2025 bertempat di Dataran Putrajaya yang mencerminkan semangat patriotik rakyat tidak pernah luntur.

Sambutan gilang-gemilang ini diserikan dengan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah; Perdana Menteri dan isteri; Timbalan-

timbalan Perdana Menteri; barisan Menteri Kabinet; Duta serta Konsulat Asing di Malaysia. Turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda berdua, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor.

Bertemakan 'Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni', sambutan tahun ini menekankan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberi perhatian utama. Ini sejajar dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan nilai perpaduan, kesejahteraan, dan kemanusiaan.

Tumpuan utama hari ini adalah acara perbarisan dan perarakan melibatkan 14,062 peserta menampilkan komponen seperti pancaragam, aset hidup dan kenderaan, serta kontinjen daripada sektor penting negara termasuk ekonomi, telekomunikasi,industri kreatif, sukan dan keselamatan. Sambutan kali ini menampilkan kelainan menerusi penyertaan julung kali daripada Kontinjen Kepengerusian ASEAN 2025

bersempena peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN serta Kontinjen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Selain itu, sambutan juga disemarakkan dengan Persembahan Khas Malaysia MADANI melibatkan 1,000 peserta daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), persembahan Teres Grafik Manusia oleh 2,000 pelajar bawah

koordinasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), serta pertunjukan bag pipe dan udara oleh Angkatan Tentera Malaysia. Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang

menyampaikan lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3