Sambutan Hari Kebangsaan 2021
Sambutan Hari Kebangsaan 2021
31 OGOS 2021, PUTRAJAYA - Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof hadir ke Dataran Pahlawan, Putrajaya pagi ini bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2021. Bertema Malaysia Prihatin, sambutan Hari Kebangsaan tahun ini diadakan mengikut saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berkonsep secara terbuka, terkawal dan berskala kecil, serta pembabitan fizikal yang terhad tanpa membabitkan kehadiran orang awam di lokasi.
Sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang bermula 8 pagi ini turut disiar secara langsung menerusi semua stesen penyiar tempatan dan melalui Facebook Live Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Merdeka 360 serta Jabatan Penerangan.
Antara acara persembahan yang berlangsung sempena Hari Kebangsaan 2021 adalah persembahan drumline oleh Angkatan Tentera Malaysia, kawad senyap oleh Tentera Laut Diraja Malaysia, pancaragam gabungan anggota uniform dan persembahan udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.
- Log in to post comments