Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024 di KKR | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024 di KKR

Kuala Lumpur, 12 September 2024 – Telah berlangsung Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera KKR 2024 bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur. Turut hadir di dalam majlis ini Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim serta Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) YBrs. Tuan Mohd Sakeri Abdul Kadir dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan), YBhg. Dato’ Zahrul Hakim Abdullah. Buat julung kalinya, Dato’ Seri Azman memberikan ucaptama bagi perhimpunan bulanan ini di mana beliau telah menyatakan amanat, hala tuju dan hasrat beliau kepada seluruh warga Kerja Raya.

 

Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sambutan ini sejajar dengan Pelancaran Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan & Kempen Perangi Gula. Pelbagai aktiviti telah diadakan semasa sambutan ini iaitu pemeriksaan kesihatan (terbuka), pemeriksaan gigi (terbuka), forum kesihatan awam (terbuka), senaman pound (terhad 200 peserta) dan demonstrasi masakan sihat (terbuka).

 

KKR dan agensi menyambut baik usaha ini dalam memerangi masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh orang ramai seperti Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiti (NHMS) 2023 mendapati satu daripada dua dewasa mengalami berat badan atau obes. Warga Kerja Raya diajak beramai-ramai membudayakan budaya sihat iaitu kurangkan pengambilan gula, berjalan 10,000 langkah sehari dan melakukan aktiviti kecergasan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9