REAM ERATKAN HUBUNGAN PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

REAM ERATKAN HUBUNGAN PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA

Image removed.Kuala Lumpur, 21 Oktober – REAM (Road Engineering Association of Malaysia) telah menganjurkan Majlis Makan Malam REAM “Safe Roads Save Lives” di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.
REAM adalah satu badan organisasi untuk mewakili perikatan kejuruteraan jalan  di Malaysia dan menjadi penghubung antara pihak kerajaan dan swasta dalam aktiviti meningkatkan tahap keselamatan khususnya orang awam. Bagi mengeratkan hubungan semua pihak yang berkaitan dengan aktiviti REAM, Majlis Makan Malam ‘Grand Dinner 2011’ telah dianjurkan baru-baru ini.
Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor telah merasmikan Majlis Makan Malam REAM tersebut. YB. Menteri dalam ucapannya berkata, beliau meminta pihak konsesi agar lebih efisyen dalam melaksanakan tugas untuk pembangunan negara demi keselesaan rakyat.
REAM menyediakan ‘Bantuan Dana Kewangan Pendidikan’ kepada para pelajar yang terpilih. Bagi mahasiswa kejuruteraan pula, mereka dianugerahkan dengan Anugerah Presiden REAM untuk meningkatkan lagi motivasi mereka di alam pekerjaan nanti.
Turut menyerikan Majlis Makan Malam tersebut adalah Y.Bhg. Dato’ Ir. Haji Mohd Noor bin Yaacob, Presiden REAM, Dato’ Ir. Haji Hamizan Bin Mohd Inzan, Pengerusi Majlis Makan Malam REAM, pegawai-pegawai dari Kementerian, agensi dan swasta.

|Galeri Foto|

Tarikh Dan Waktu Acara
Sumber
UKK