PROJEK NAIK TARAF KLINIK KESIHATAN KUBANG SEMANG, PULAU PINANG.
KUBANG SEMANG – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, telah turun padang meninjau kemajuan Projek Meroboh dan Membina Baharu Bangunan Jabatan Pesakit Luar di Klinik Kesihatan Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Turut serta memberikan taklimat projek ialah Pengurus Projek, Puan Norhayati binti Ahmad.
Projek ini dilaksanakan oleh NASR CONSTRUCTION SDN. BHD., kontraktor berdaftar CIDB, dengan nilai kontrak sebanyak RM3,042,052.00 di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kerja-kerja pembinaan bermula pada 28 November 2024 dan dijangka siap sepenuhnya pada 28 Mei 2026, dengan sokongan pasukan perunding profesional merangkumi arkitek, jurutera awam/struktur, mekanikal & elektrikal serta ukur bahan.
Lawatan ini mencerminkan komitmen KKR dalam memastikan projek berjalan lancar serta memberi manfaat terbaik kepada rakyat.
- Log in to post comments