PROJEK NAIK TARAF ASRAMA PELAJAR SMK PINGGAN-PINGGAN, PITAS,SABAH BAGI MENYOKONG EKOSISTEM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG CEMERLANG DI LUAR BANDAR | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PROJEK NAIK TARAF ASRAMA PELAJAR SMK PINGGAN-PINGGAN, PITAS,SABAH BAGI MENYOKONG EKOSISTEM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG CEMERLANG DI LUAR BANDAR

PITAS, SABAH - Yang Berhormat Datuk Seri Hj. Ahmad bin Hj. Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia telah turun padang bagi memantau kemajuan Projek Pembinaan Baharu Dua Blok Asrama Lelaki dan Perempuan, Rumah Warden, Dewan Makan dan Kemudahan Sokongan di SMK Pinggan-Pinggan, Pitas, Sabah.

Projek ini dilaksanakan secara Reka dan Bina oleh syarikat JT Cemerlang Sdn.Bhd. selaku kontraktor utama dengan Pasukan Projek Khas 2 (PPK2), JKR Malaysia bertindak sebagai agensi pelaksana. Kontrak projek ini bernilai RM27 juta dan telah bermula pada 23 Disember 2022, dan dijadualkan siap pada 18 Disember 2025. Sehingga 23 Julai 2025, kemajuan fizikal projek ini telah mencapai 78.02% dan dijangka disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Skop projek merangkumi pembinaan 2 blok asrama 2 tingkat, 4 unit rumah warden, 1 dewan makan berkapasiti 400 pelajar, serta kemudahan sokongan seperti rumah pam, telaga tiub, tangki air dan rumah sampah. Kaedah pembinaan menggunakan sistem IBS (Industrialised Building System) bagi memastikan kecekapan pelaksanaan projek ari segi kualiti, kos dan masa ianya disiapkan.

Projek ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh ekosistem pembelajaran dan pengajaran yang cemerlang danberdaya saing, mengurangkan jurang kualiti pendidikan antara bandar dan luar bandar. Ia sekaligus mencerminkan usaha berterusan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam memastikan setiap projek infrastruktur yang memberi manfaat langsung kepada rakyat dilaksanakan dan diuruskan dengan sebaiknya supaya menepati jadual untuk dinikmati rakyat sesegera mungkin.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0