PROGRAM SANTUNI MADANI KKR 2026 PERKUKUH HUBUNGAN KERAJAAN DAN KOMUNITI SETEMPAT
KUBANG SEMANG – Kementerian Kerja Raya (KKR) meneruskan komitmen mendekati dan menyantuni masyarakat menerusi Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) 2026 yang berlangsung di Kubang Semang, Pulau Pinang.
Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha KKR dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR.
Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan dilaksanakan antaranya Ziarah Kasih, gotong-royong, sukan rakyat, pemeriksaan kesihatan percuma, Jualan RAHMAH MADANI, pameran agensi serta penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Program turut dimeriahkan dengan Mini Karnival Santuni MADANI dan Majlis Kenduri Rakyat sebagai platform mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk setempat.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen KKR untuk terus mendekati rakyat, memahami keperluan komuniti dan memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberi perhatian, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI ke arah pembentukan masyarakat yang prihatin, inklusif dan sejahtera.
- Log in to post comments