PROGRAM MYJALAN – PEMACU INFRASTRUKTUR NEGARA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PROGRAM MYJALAN – PEMACU INFRASTRUKTUR NEGARA

CYBERJAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) menganjurkan Seminar dan Sesi Dialog Data Jalan Program MYJalan 2025, Program yang di hadiri YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya turut menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan untuk memperkukuh reformasi pengurusan data jalan negara.

Dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 24 Ogos 2023, Program MYJalan menjadi inisiatif penting Kerajaan MADANI bagi pengurusan jalan raya yang lebih selamat, sistematik dan inklusif. Sehingga 31 Julai 2025, sebanyak 40,938 aduan diterima – 30.4% melibatkan jalan Persekutuan, 69.6% jalan negeri dan lain-lain.

Cabaran utama termasuk kekurangan data seragam, jalan tanpa pemilik serta inventori jalan tidak lengkap. KKR memperkenalkan Tatacara Umum Pengurusan Data Jalan, dengan sasaran perkongsian data dari 5 negeri menjelang 2026, 8 negeri lagi pada 2027, dan 80% integrasi data jalan berintegriti pada 2030.

Pendekatan ini dijangka meningkatkan keselamatan, mempercepat penyelesaian aduan rakyat, dan menyokong aspirasi Malaysia mencapai tangga ke-8 dunia dalam infrastruktur jalan (IMD-WCR) menjelang 2033.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim (KSU KKR), YBhg. Dato’ Mohd Sakeri bin Abdul Kadir (TKSU Dasar & Pembangunan, KKR), YBhg. Dato’ Zainal Alhakab (TKSU Pengurusan, KKR), YBhg. Datu Chiew Chee Yau (Setiausaha Tetap, MIPD Sarawak), YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon (KP Biro Pengaduan Awam), YBrs. Tuan Jasni Abu Suffyan Omar (Timbalan Setiausaha Tetap, KKR Sabah) dan YBhg. Dato’ Ir. Hj. Sazali bin Harun (KP Lembaga Lebuhraya Malaysia).

Program MYJalan berlandaskan konsep Whole-of-Government dan Whole-of-Nation (WoGoN) terus menegaskan komitmen kepada slogan “Jalan Kita, Tanggungjawab Kita”.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2