Program Khidmat Masyarakat KKR di Kampung Pasir Gajah | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Program Khidmat Masyarakat KKR di Kampung Pasir Gajah

KEMAMAN, 26 Januari – YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya telah menghadiri Program Khidmat Masyarakat Kerja-kerja Mengecat dan Latihan Praktikal di Balairaya Kampung Pasir Gajah, di sini.  Bangunan tersebut turut menjadi Perpustakaan bagi penduduk sekitar kawasan ini.

Program ini merupakan anjuran bersama oleh Pusat Khidmat Kontraktor Malaysia (PKKM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Akademi Binaan Malaysia (ABM).  Datuk Fadillah telah menandatangani plat perasmian Balairaya Kampung Pasir Gajah sebagai tanda merasmikan balairaya tersebut. 

Turut hadir sama dalam program ini ialah YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KSUKKR), YBhg. Dato' Sri Prof Ir. Dr. Judin Bin Abd Karim, Ketua Eksekutif CIDB dan YBhg. Dato' Seri Ir. Hj. Mohd Noor Bin Yaacob, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR).

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6