Program Executive Talk Dasar Dan Maklumat Perundangan Alam Sekitar | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Program Executive Talk Dasar Dan Maklumat Perundangan Alam Sekitar

Program Executive Talk Dasar Dan Maklumat Perundangan Alam Sekitar

KUALA LUMPUR, 3 MAC 2020 - Program Executive Talk Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar bertajuk Dasar Alam Sekitar Negara dan Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diadakan bertempat di Bilik Tanjung, Kompleks Kerja Raya. Program ini bertujuan menyebar luas dasar dan maklumat perundangan alam sekitar kepada pengurusan atasan dan pegawai kanan Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya zon tengah.

Majlis anjuran Bahagian Perancang Jalan (BPJ), Kementerian Kerja Raya (KKR) ini dirasmikan oleh YBhg Datuk Badrul Hisham Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Pembangunan Kementerian Kerja Raya.

Taklimat Dasar Alam Sekitar Negara telah disampaikan oleh YBrs. Puan Norlin Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, manakala taklimat Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 – EIA disampaikan oleh Hajah Hazereen Mohammad, Ketua Cawangan Alam Sekitar, BPJ, KKR.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8