PRESTASI & AKAUNTABILITI: STATUS SEMASA LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH
KOTA KINABALU - Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bil. 6/2026 yang dipengerusikan oleh YBhg Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (KSU) Dasar & Pembangunan Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama YBhg. Datuk Ridhwan Roger Linus Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya & Utiliti Sabah hari ini menegaskan agar tiada kompromi dalam menyiapkan projek-projek rakyat. Sehingga ini Status Kemajuan Fizikal bagi projek LPB Sabah Fasa 1A adalah 87.86%, Fasa 1B 19.76% dan 27.36 % bagi WP09. Daripada 35 pakej kerja, 4 pakej telah siap sepenuhnya dan 7 pakej kerja lagi dijadualkan siap pada tahun ini.
YBhg. Datuk Dr. TKSU DP mengingatkan agar pemantauan tidak boleh bergantung kepada laporan yang dibentangkan dalam bilik mesyuarat sahaja. Pegawai bertanggungjawab diarahkan untuk turun ke tapak secara berkala dan mengejut. Pegawai yang terlibat perlu lebih agresif melakukan pemantauan di tapak dan mengamalkan Konsep 4M; merujuk kepada empat elemen teras iaitu Man, Machine, Material and Method. Dalam usaha memperkukuhkan prestasi penyampaian projek penghayatan KKR Delivery Culture, semua pegawai bertanggungjawab perlu mengamalkan budaya kerja berteraskan sense of urgency, sense of responsibility, sense of accountability and follow up and follow through.
Rakyat Sabah berhak menerima jaringan jalan raya yang terbaik. Setiap sen dana awam mesti dipastikan membawa hasil demi kesejahteraan komuniti.
- Log in to post comments