PORTAL KKR MENERIMA ANUGERAH 5 BINTANG!
Putrajaya – 1 Disember, Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) telah dianugerahkan sebagai Portal 5 Bintang dalam Seminar “Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) 2011” yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Majlis penganugerahan ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Y. Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan dan seterusnya beliau telah menyampaikan Sijil Portal 5 Bintang kepada Y. Bhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR.
Portal KKR telah dinilai sebagai Portal 5 Bintang menerusi Penilaian Utama yang dilakukan oleh pihak Multimedia Development Corporation (MDeC) bagi tahun 2011 dengan markah keseluruhan sebanyak 96 berbanding 76 pada tahun 2010. Portal KKR menduduki kedudukan ke-8 daripada 87 portal (43 portal persekutuan dan 44 diperingkat negeri) dan kedudukan yang ke-5 di kalangan 25 kementerian).
Selain portal KKR, portal Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) juga turut menerima sijil sebagai Portal 5 Bintang.
- Log in to post comments