Perhimpunan Bulanan KKR Kali Ke-2
KUALA LUMPUR, 27 Februari – Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) kali kedua untuk tahun ini telah diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, hari ini. “KKR dan semua agensi perlu menggunakan media sosial untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada masyarakat dengan lebih tepat”. YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya berkata demikian sewaktu perhimpunan tersebut. Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya.
Intipati ucapan turut menyatakan bahawa KKR akan melaksanakan Program Khidmat Masyarakat (CSR) yang sesuai untuk mendekati rakyat selain seruan kepada semua warga KKR supaya menjalankan tugas dengan amanah dan perlunya menjaga integriti sebagai penjawat awam supaya tidak berlaku ketirisan.
Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh warga KKR, Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
- Log in to post comments