PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) NOVEMBER 2025 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) NOVEMBER 2025

KUALA LUMPUR -  Kementerian Kerja Raya (KKR) mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan November 2025 bersempena sambutan Hari Inovasi dan Bulan Keluarga Kebangsaan dengan tema “Keluarga Kreatif, Negara Inovatif”.

Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, selaku tetamu kehormat dan penyampai amanat utama.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBrs. Encik Murad bin Isa, Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat, yang menekankan kepentingan budaya inovasi dan pengukuhan nilai kekeluargaan sebagai asas kekuatan organisasi.

Majlis turut menyaksikan tayangan video sempena Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Sukan Negara, Bulan Malaysia Sihat Sejahtera serta Dekad Bahasa Kebangsaan sebagai simbolik kesedaran nasional dalam membentuk masyarakat sihat, bersatu dan progresif.

Seiring tradisi meraikan kecemerlangan, penyampaian Anugerah Inovasi telah berlangsung bagi mengiktiraf warga KKR yang cemerlang dalam pelbagai bidang, meliputi:

 1. Anugerah Inovasi Hari Kebangsaan

 2. Anugerah Inovasi Pembudayaan Kesihatan

 3. Anugerah Inovasi Pembudayaan Bahasa Kebangsaan

Dan pelbagai Anugerah lagi.

Bagi memeriahkan sambutan, para hadirin turut disajikan dengan persembahan khas oleh Juara Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Tradisional dan persembahan lagu bertemakan Malaysia Inovatif.

Program ini diharapkan dapat menyuntik semangat kreativiti, inovasi serta kekitaan dalam kalangan warga KKR, seterusnya menjadi pemangkin kepada produktiviti perkhidmatan kementerian bagi manfaat rakyat dan negara.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0