PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN KERJA RAYA
Kuala Lumpur, 29 November- Kementerian Kerja Raya telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan November bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya. Ini merupakan majlis rasmi beliau bertemu dengan warga Kerja Raya semenjak menjawat jawatan KSU pada 22 Oktober yang lalu.
Dalam ucapannya, beliau mengimbau kembali segala pencapaian yang telah diraih oleh Kementerian Kerja Raya sepanjang tahun ini. Antara kejayaan yang telah dicapai, Pencapaian 4 bintang bagi Indeks Akauntabiliti, Portal 5 Bintang 2011 dan pengiktirafan Anugerah Transaksi e-Perolehan Online Terbaik 2010. Y.Bhg. Datuk KSU berharap dengan kejayaan yang dicapai sebelum ini, dapat dijadikan momentum positif untuk tahun hadapan seterusnyan memastikan Kementerian Kerja Raya menjadi satu organisasi yang berwibawa dan cemerlang.
Turut hadir, Y.Bhg. Puan Sri Dato’ Zaiton Mhad Ali, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Kerja Raya, Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Noor bin Yaakob, Ketua Pengarah Kerja Raya Jabatan Kerja Raya (JKR), Y.Bhg. Dato’ Sir Ir. Dr. Judin Bin Abd Karim, Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Y.Bhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail Bin Md Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), pegawai-pegawai kanan kementerian dan agensi serta warga Kementerian Kerja Raya.
- Log in to post comments