Perasmian Jalan Empat Lorong dari Matang ke Stapok, Sarawak | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Perasmian Jalan Empat Lorong dari Matang ke Stapok, Sarawak

KUCHING, 19 APRIL 2018: Projek Jalan Empat Lorong dari Matang ke Stapok serta Pembinaan Jambatan Baharu merentasi Sungai Sarawak adalah satu inisiatif Kerajaan dalam menyediakan jalan alternatif bagi menyuraikan trafik yang menggunakan Jalan Satok dan Jalan Kulas dan juga Jambatan Satok yang merentasi Sungai Sarawak. Ini adalah berikutan laluan ini yang menghubungkan Bandaraya Kuching dengan Petra Jaya tidak dapat lagi menampung aliran trafik dari kawasan Matang khasnya bagi laluan menuju ke Bandaraya Kuching / Kuching International Airport / Kuching / Kuching Sentral pada waktu puncak.

Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 145 juta untuk projek ini yang telah mula pembinaan pada bulan April 2015 dan dirasmikan pada hari yang bersejarah ini oleh YAB Ketua Menteri Sarawak. Dengan siapnya jalan dan jambatan baharu ini, perjalanan dari Matang ke  Kuching International Airport / Kuching Sentral dianggarkan akan berkurang sebanyak 15 hingga 30 minit pada waktu puncak dan Level of Service (LOS) di Jambatan Satok dapat ditingkatkan daripada tahap F ke tahap C atau D. 

Skop projek ini merangkumi penaiktarafan jalan 4 lorong 2 hala sepanjang 1.5 kilometer, membina jalan baru 4 lorong 2 hala sepanjang 2.9 kilometer dan membina jambatan baru merentasi Sungai Sarawak sepanjang 320 meter.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14