PENYERAHAN PROJEK SIAP PEMBINAAN KUARTERS GUNASAMA PERSEKUTUAN BINTULU, SARAWAK
BINTULU, SARAWAK - Kerajaan MADANI melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) menyerahkan satu lagi projek milik Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berjaya disiapkan. Majlis ini disempurnakan oleh YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.
Projek bernilai RM64,500,000.00 juta ini dilaksanakan oleh Pasukan Projek Khas 2 (PPK2), JKR Malaysia di mana ianya telah dimulakan pada 21 Oktober 2022 dan berjaya disiapkan pada 2 September 2025. Projek ini dilaksanakan secara Reka Dan Bina oleh kontraktor yang dilantik iaitu Saratech Sdn. Bhd. Antara skop utama projek melibatkan:
• Kuarters Kelas F-70 unit
• Kuarters Kelas G - 20 unit
• Bilik M&E
• Pondok Pengawal
• Sewerage Treatment Plant (STP)
• Taman Permainan
• Sistem Retikulasi
• Tempat Letak Kereta
• Built-in Furniture
Pelaksanaan projek ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kebajikan penjawat awam. Usaha ini mencerminkan keprihatinan dan kesungguhan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan penjawat awam sentiasa terpelihara, sekali gus menjadi asas penting kepada penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, berintegriti dan berfokuskan rakyat. KKR ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Perdana Menteri atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan kepada KKR dan JKR Malaysia, khususnya dalam penyeliaan di tapak hingga projek ini berjaya disiapkan. Segala pengalaman dalam projek pembinaan ini boleh dijadikan panduan dalam pelaksanaan projek-projek sekolah pada masa hadapan.
- Log in to post comments