PENYERAHAN PROJEK SIAP LINTASAN PEJALAN KAKI TINGKATKAN KESELAMATAN PEJALAN KAKI DI PARLIMEN PONTIAN | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PENYERAHAN PROJEK SIAP LINTASAN PEJALAN KAKI TINGKATKAN KESELAMATAN PEJALAN KAKI DI PARLIMEN PONTIAN

PONTIAN, JOHOR - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian P164 mewakili Kerajaan MADANI dan Kementerian Kerja Raya telah menyerahkan empat (4) projek siap membina lintasan pejalan kaki searas lampu isyarat di empat (4) lokasi yang berbeza demi meningkatkan keselamatan Rakyat MADANI dan mengurangkan kes kemalangan jalan raya di Parlimen Pontian. 

Empat lokasi lintasan pejalan kaki tersebut ialah dua di FT005 Jalan Johor Bahru – Melaka dan dua lagi di FT096 Jalan Benut – Simpang Renggam. 

Dua di FT005 ialah di Seksyen 67.50 berhampiran dengan Sekolah Lebai Mohd Ya’kob, Ayer Baloi dan di Seksyen 79.20 berhampiran Masjid Jamek, Benut. 

Manakala dua lintasan pejalan kaki di FT096 ialah di Seksyen 0.2 berhampiran Sekolah Kebangsaan Sri Benut dan di Seksyen 9.60 berhampiran Sekolah Kebangsaan Parit Markom. 

Keempat-empat lokasi tersebut adalah tempat tumpuan orang ramai untuk melintas jalan terutama anak-anak sekolah yang hendak pergi ke dan pulang dari sekolah, di samping tempat tumpuan rakyat MADANI berulang alik mengimarahkan Masjid Jamek Benut.

Hadir sama ialah Jurutera Daerah JKR (D) Pontian, YBrs. Tuan Ir. Sharudin bin Ismail, wakil Kementerian Kerja Raya, YBrs. Encik Mohamad Nizam bin Mustafa, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, YBrs Ir. Ts. Haji Nasir Bontat, Jurutera Awam Penguasa Jalan, JKR Negeri YM Ir. Raja Fairol Farouk bin Raja Abd Assiss serta Pentadbir Tanah Daerah Pontian, YBrs. Encik Sulaiman Ismail.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0