Penyerahan Projek Kolej Vokasional Labuan | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Penyerahan Projek Kolej Vokasional Labuan

Labuan, 7 Jun 2024 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj. Ahmad telah menyaksikan penyerahan projek Kementerian pelanggan di Wilayah Persekutuan Labuan yang telah berjaya disiapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan selaku agensi pelaksana.

Projek Kolej Vokasional Labuan yang menelan belanja RM24 juta telah disiapkan sepenuhnya pada 20 Mac 2024 merupakan pemboleh kepada program tranformasi dari Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional (KV) Kolej Rintis 7 milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Projek ini bertujuan meningkatkan kapasiti dan keupayaan KV yang dijangka memberi impak kepada jumlah enrolmen atau kemasukan pelajar ke Kolej ini. 

Di samping itu, ianya dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada tenaga pengajar dan pelajar dalam usaha KPM memperkasakan pendidikan vokasional dan kemahiran selaras dengan Tranformasi Pendidikan Negara.

Sesi penyerahan ini turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Tuan Wong Kah Woh. Projek ini mencakupi pembinaan dan penyiapan satu (1) unit blok tambahan yang akan menempatkan bengkel seni kulinari, bengkel teknologi elektrik high & low voltage, bengkel teknologi kimpalan, bengkel pemesinan industri dan bengkel automatif. Projek ini juga meliputi dua (2) unit blok tandas berpusat, satu (1) unit blok pencawang elektrik, satu (1) unit blok rumah pencegah kebakaran, satu (1) unit blok rumah pam tangki sedut dan kerja-kerja mekanikal serta elektrikal.

Terdapat tiga (3) lagi projek milik KPM yang bernilai RM25 juta yang dijadualkan siap dalam tahun 2024 di WP Labuan iaitu Projek Pembinaan Blok Baharu bagi Kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta Kemudahan Mesra OKU di SMK Mutiara diikuti dengan Projek Daif WP Labuan (2021) - Pembinaan Bangunan Gantian dan Bangunan Tambahan di SMK Labuan, dan Pembinaan Bangunan Tambahan Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Patau-Patau, WP Labuan.

Komitmen ini mencerminkan usaha kerajaan dalam meningkatkan mutu kualiti pendidikan di WP Labuan melalui penyediaan infrastruktur yang lengkap dan terbaik. KKR sebagai agensi pelaksana akan sentiasa meningkat mutu penyediaan khidmat infra yang berkualiti demi mencapai kemaslahatan bersama.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10