PENYAMPAIAN WATIKAH OLEH KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PENYAMPAIAN WATIKAH OLEH KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA

KUALA LUMPUR – Satu Majlis Penyerahan Watikah Pemangkuan dan Penempatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M14 kepada YBhg. Datin Dr. Rafidah binti Dahari, Setiausaha Bahagian Pengurusan Fasiliti, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah berlangsung di Kompleks Kerja Raya hari ini.

Dalam majlis yang sama turut berlangsung penyerahan watikah pemangkuan Pegawai Undang-Undang kepada Puan Hani Aziza binti Ismail@Aziz yang memangku Pegawai Undang-Undang Gred L14 dan Puan Amalina Basirah binti Md Top yang memangku Pegawai Undang-Undang Gred L12

YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, dengan diiringi oleh YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR dan YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) KKR telah berbesar hati menyempurnakan penyampaian watikah pegawai.

Pihak Kementerian Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pegawai terlibat serta selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3