PEMANTAUAN RAPI, TREND PROJEK SAKIT MENURUN | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PEMANTAUAN RAPI, TREND PROJEK SAKIT MENURUN

MELAKA – Usai kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Salhah Salleh, Timbalan Menteri Kerja Raya Salleh, YB Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek Pembinaan Infra Rakyat Kementerian Pelanggan Bilangan 3 Tahun 2026 serta membuat tinjauan projek contoh Program Pembinaan Bangunan Modular dan IBS di Institusi KPM (RMK-13) : Projek Pembinaan Enam Bilik Darjah Tambahan (Aliran Perdana) di SMK Tun Tuah, Melaka Tengah. 

Pemantauan secara berkala ini penting bagi memastikan projek pembangunan fizikal kerajaan terus bergerak mengikut perancangan, sekali gus mendukung hala tuju Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk mencapai Sifar Projek Sakit, lebih banyak projek disiapkan lebih awal (AOT) serta Sifar Kemalangan di tapak pembinaan.

Setakat 30 Julai 2026, sebanyak 2,433 projek fizikal bernilai RM133.890 bilion telah diamanahkan kepada JKR Malaysia. Daripada 871 projek yang sedang dalam fasa pembinaan, 560 projek atau 64.29% sedang berjalan lancar, termasuk 256 projek yang berjaya bergerak lebih awal daripada jadual.

Lebih membanggakan, 118 projek bernilai RM4.187 bilion telah berjaya disiapkan setakat tahun ini.

Hasil pemantauan rapi Pegawai Penguasa (SO), lawatan turun padang serta tindakan penyelesaian isu secara bersepadu turut menyumbang kepada penurunan trend projek sakit daripada 6.81% pada Jun 2025 kepada 4.13% kini.

KKR bersama JKR akan terus memperkukuh kaedah perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek, termasuk melalui penggunaan teknologi seperti Building Information Modelling (BIM) serta Sistem Modular dan Pratuang bagi memastikan projek dapat disiapkan dengan lebih cekap, berkualiti dan mengikut jadual.

Projek lancar, rakyat menerima manfaat. Kita terus bekerja untuk memastikan setiap pembangunan infrastruktur memberi impak terbaik kepada rakyat. 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5