PEMANSUHAN 50% TOL LEBUHRAYA CHERAS - KAJANG BERKUATKUASA 1 MAC 2012
Kajang, 1 Mac – Masalah kadar bayaran tol di Lebuhraya Cheras - Kajang yang dikatakan membebankan pengguna laluan itu berakhir malam tadi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penghapusan sebanyak 50 peratus daripada kadar sedia ada.
Lebuhraya Cheras - Kajang yang dikendalikan oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn. Bhd. mempunyai dua plaza tol iaitu di Plaza Tol Batu 9 dengan kadar bayaran RM1 dan Plaza Tol Batu 11 sebanyak RM0.90sen. Pemansuhan tol yang diumumkan oleh YAB. Perdana Menteri adalah melibatkan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran RM0.90sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang , berkuatkuasa tengah malam tadi. Langkah ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan dan bagi mengotakan janji yang pernah diungkapkan pada Ogos tahun lalu supaya Kementerian Kerja Raya (KKR) mengkaji kadar tol di lebuhraya itu untuk meringankan beban pengguna.
- Log in to post comments