Pelancaran Dokumen Dan Sistem Web Portal MyTripGen 2020 – Manual Rujukan Penting Kejuruteraan Trafik | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Pelancaran Dokumen Dan Sistem Web Portal MyTripGen 2020 – Manual Rujukan Penting Kejuruteraan Trafik

KUALA LUMPUR, 15 SEPTEMBER 2022 - Kementerian Kerja Raya (KKR) telah melaksanakan Kajian Semula Manual Penjanaan Perjalanan Malaysia bagi menggantikan edisi Tahun 2010. Hasil akhir daripada Kajian tersebut ialah dokumen dan sistem web portal Manual Penjanaan Perjalanan Malaysia (Malaysian Trip Generation Manual) atau dikenali sebagai MyTripGen 2020.

Manual edisi Ke-5 tersebut merupakan dokumen rujukan penting kepada para pengamal kejuruteraan trafik, agensi-agensi teknikal di peringkat negeri dan persekutuan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ahli akademik di negara ini di dalam membuat perancangan unjuran penjanaan trafik berdasarkan kepada sesuatu cadangan pembangunan guna tanah di sesuatu kawasan.

Majlis Pelancaran Dokumen dan Sistem Web Portal MyTripGen 2020 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha KKR bertempat di Kompleks Kerja Raya.

Terdahulu, satu sesi taklimat ringkas oleh perunding MT Transport Consult Sdn Bhd berhubung Sistem Web Portal MyTripGen 2020 telah diadakan sebagai inisiatif hebahan awal kepada peserta. Turut diadakan adalah sesi menandatangani sijil oleh Perunding MT Transport Sdn Bhd bersama Setiausaha Bahagian Perancang Jalan, YBrs. Ir. Mohd Fairuz Bin Mamat@Muhamad.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9