Pelancaran Audit Dalaman EKSA Dan Pertandingan Mini EKSA KKR Siri 1/2020 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Pelancaran Audit Dalaman EKSA Dan Pertandingan Mini EKSA KKR Siri 1/2020

KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2020 – Kementerian Kerja Raya akan diaudit semula untuk Pensijilan EKSA bagi tahun 2020. Sebagai persediaan awal ke arah pensijilan semula ini, satu sesi Audit Dalam EKSA dan Pertandingan Mini EKSA KKR Siri 1/2020 telah berlangsung selama dua (2) hari pada 18 dan 19 Ogos 2020.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ahmad Nadzri Embong, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dalam satu majlis ringkas di Lobi A, Kompleks Kerja Raya. Majlis ini dilaksanakan dalam suasana Norma Baharu selaras pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pada tahun ini, Pertandingan Mini EKSA KKR melibatkan empat (4) kategori iaitu Kategori Zon Terbaik, Ruang Pejabat Terbaik, Go Green Terbaik dan Pantri Terbaik. EKSA telah diperkenalkan di KKR bermula Januari 2017 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan mengambil kira keperluan untuk mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang sistematik, selesa dan kondusif supaya lebih releven kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3