Lawatan Kerja KSU Ke PLUS Malaysia Berhad | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Lawatan Kerja KSU Ke PLUS Malaysia Berhad

PETALING JAYA, 15 OGOS 2019 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan telah membuat lawatan kerja rasmi ke Plus Malaysia Berhad (PLUS), syarikat konsesi pengusaha lebuh raya bertol terbesar di Malaysia dan salah satu yang terbesar di Asia Tenggara.

Ketibaan beliau di Persada PLUS disambut oleh YBhg. Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS. Turut hadir ialah YBhg. Dato' Zahrul Hakim Abdullah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Dan Penswastaan Kementerian Kerja Raya bersama Ybhg. Dato' Ir. Mohd Shuhaimi Bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Delegasi KSU telah diberi taklimat mengenai struktur dan organisasi PLUS serta dibawa melawat ke Traffic Monitoring Centre atau lebih dikenali sebagai 'TMC' dan lawatan diakhiri di Hentian Rehat dan Rawat Rawang Arah Utara yang mana hentian ini baru siap dibaikpulih serta dinaiktaraf dengan pelbagai kemudahan serta fasiliti yang menjanjikan keselesaan kepada semua pengguna lebuhraya PLUS khususnya.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12