Penyerahan Wakaf Mesin Air Minuman kepada JKSB. | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Penyerahan Wakaf Mesin Air Minuman kepada JKSB.

Penyerahan Wakaf Mesin Air Minuman kepada JKSB.

PULAU PINANG, 15 SEPTEMBER 2019 - Satu majlis Penyerahan Wakaf Mesin Air Minuman anjuran Koperasi LLM Berhad telah diadakan di Ibu Pejabat Jambatan Kedua Sdn. Bhd (JKSB).

Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir hadir bagi merasmikan upacara tersebut. Hadir sama ialah Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia, YBhg. Dato' Sri Zohari Akob, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato' Sr. Aziz Abdullah, Pengerusi Koperasi LLM Berhad, YBrs. Tuan Haji Idrus Mat Tais serta Pegawai Bahagian Operasi Jambatan Kedua Sdn. Bhd., Encik Husain Mohamad.

YB Timbalan Menteri menyempurnakan simbolik penyerahan dengan memotong riben, menyerahkan plak sumbangan serta menampal pelekat pada mesin air.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8